Bismillahirahmanilrahim,
Dahulu, segala aku tulis berkaitan
pembelajaran aku di Universiti. Kali ini aku akan tulis berkaitan perjalanan
aku setelah menjadi graduan Universiti. Secara reality aku berpijak di dunia
yang nyata.. Maksud aku dulu bukan tak nyata tetapi dulu semua bergantung
kepada emak dan abah aku bagi duit sepanjang aku di university.
Sekarang, aku mencari duit sendiri
untuk menyara hutang piutang aku yang sebelum ini di bantu oleh emak dan abah aku. Mencari kerjaya sendiri dalam
bidang yang aku pelajari.
Pertama sekali, Alhamdulilah Ramadhan
kali ini aku berpuasa dengan dua nyawa. Maksud aku anak dalam kandungan aku.
Lepas je habis belajar aku amik keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan
suami aku yang berasal dari Kelantan (Baroh Piah). Aku dapat konvo pada 14
oktober 2012 dan melansungkan penikahan pada 21 oktober 2012. Tak lama Lagi
kami akan dikurniakan cahaya mata, Insya-Allah Pada 7 oktober 2013. Syukur.
Semalam, 1 Ramadhan aku cuba berpuasa
dengan kandungan aku sudah 28minggu. Akhirnya aku Berjaya menghabiskan puasa
aku.. Gembira rasanya, baby aku memang seorang yang kuat semangat, tak berikan
masalah kepada mamanya yang sedang berpuasa..
Aku berbuka dengan masakan mak aku
Udang Masak Lemak..Nyum2x Sedapnya.. Masa buka rasa lega sangat baby pun sama
sebab lepas je buka baby terus gerak2x dengan aktif dan bertenaga…
Semoga Bayi yang bakal Hahir ini akan
sentiasa sihat, bersemangat, cerdik serta menjadi anak yang soleh..
Amin Ya Rabbal Al-Amin.